Tentang Kami

Persatuan Kebajikan Keluarga Abdul Manaf (Al-Manaf) Negeri Sembilan
(0795-09-NSE)

D/A Anuar Azahari,
Kampung Pulau,
71900 Labu,
Negeri Sembilan

(PPP/NSE0013/09(6) berdaftar pada 29 Mei 2009)

TUJUAN:
Mengumpul dan menyatukan semua keluarga yang berselerak untuk mengenal antara satu dengan lain dan mengukuh tali persaudaraan serta menghidup dan memupuk semangat bekerjasama.
Membantu ahli-ahli keluarga yang difikirkan perlu atas budi bicara Ahli Jawatankuasa termasuk kematian dan bantuan perubatan, bantuan pendidikan atau insiden yang berlaku tanpa diduga serta lain-lain bantuan dan galakan yang bersesuaian.
Merancang dan mencari jalan untuk memperbaiki dan menaikkan taraf hidup ahli dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

Menggalakkan ahli menyertai aktiviti kebajikan untuk ahli dan keluarga ahli Persatuan atau dengan lain-lain pertubuhan kebajikan yang memberi manfaat bersama.