BERITA
3 Cabutan Minit Mesyuarat AJK Bil 1/2010 AJK AlManaf telah bermesyuarat pada 28 Februari 2010 di rumah Halimatus Saadiah bt Ahmad, Kg Pulau, bermula jam 9.00 pagi.

AJK telah mengambil maklum mengenai beberapa isu dan akan melaksanakan tindakan yang sewajarnya iaitu:

  • 1. Memastikan bayaran yuran dikutip daripada semua ahli.
  • 2. Mencetak sticker kereta secepat mungkin.
  • 3. Membina website baru yang boleh berinteraksi sesama ahli.
  • 4. Mengadakan usrah yang merentasi negeri.
  • 5. Mengeluarkan buletin 2 kali setahun.
  • 6. Membuka ruang kepada ahli-ahli yang ingin menderma secara online.

AJK akan bermesyuarat lagi dalam masa tiga bulan, salah satunya berlangsung ketika majlis usrah.
Aminuddin
2 Cabutan Minit Mesyuarat AJK 25 Oktober 2009 AJK AlManaf yang bermesyuarat di rumah Pn Anisah bt Manaf, Kg Pulau, Labu pada 25 Oktober 2009 membincangkan secara terperinci tentang Perhimpunan AlManaf pada Sabtu 05 Disember 2009, di rumah En Anuar Azahari, Kg Pulau.

3 jawatankuasa telah dibentuk iaitu JK Logistik (En Anuar), JK Jamuan (En Abd Aziz) dan JK Sambutan (En Ismail).

Perhimpunan yang bermula dengan pendaftaran ahli pada jam 0800pg hingga 1000pg, diteruskan dengan mesyuarat agung AlManaf pada 1030pg hingga 0130 tengahari, diikuti dengan sesi bergambar, solat Zohor, Tahlil, danjamuan makan tengahari . Perhimpunan dijangka bersurai mulai jam 230 petang.

Sebelum perhimpunan berlangsung, borang-borang keahlian akan diedarkan kepada semua ahli melalui wakil yang dilantik dari kalangan ahli jawatankuasa. Wakil tersebut akan turut mengutip yuran keahlian (RM10.00 satu kepala - sekali bayar sahaja) dan yuran tahunan (RM1.00 setiap bulan bagi setiap ahli). Demi untuk menjamin kesinambungan persatuan ini, bayaran yuran daripada semua ahli amat dihargai.
Aminuddin
1 Cabutan Minit Mesyuarat AJK 15 Ogos 2009 AJK AlManaf yang bermesyuarat di rumah En Zahid bin Hut, Kg Pulau, Labu pada 15 Ogos 2009 bersetuju untuk mengadakan Perhimpunan AlManaf pada Sabtu 05 Disember 2009, di rumah En Anuar Azahari, Kg Pulau. Perhimpunan yang bermula dengan pendaftaran ahli pada jam 0800pg hingga 1000pg, diteruskan dengan mesyuarat agung AlManaf pada 1030pg hingga 0130 tengahari, diikuti dengan solat Zohor, Tahlil, jamuan makan tengahari dan sesi bergambar. Perhimpunan dijangka bersurai mulai jam 230 petang. Sebelum perhimpunan berlangsung, borang-borang keahlian akan diedarkan kepada semua ahli melalui wakil yang dilantik dari kalangan ahli jawatankuasa. Wakil tersebut akan turut mengutip yuran keahlian (RM10.00 - sekali bayar sahaja) dan yuran tahunan (RM1.00 setiap bulan bagi setiap ahli). Demi untuk menjamin kesinambungan persatuan ini, bayaran yuran daripada semua ahli amat dihargai. Aminuddin