DARI MEJA PEMIMPIN
2 Terkuburkah AlManaf? (Cabutan pandangan peribadi Khairudin Hamdan) Suatu masa dulu AlMunif terkubur akibat percanggahan dalam perlembagaan. Secara tersuratnya AlMunif terkubur, namun rohnya tetap hidup. AlMunif tetap bertahan seperti ketahanan pengasasnya (Allahyarham Ustaz Hamdan) yang tidak pernah berputus asa.

Pada ketika itu arwah seumpama enjin. Semasa dia hidup, dia menghidupkan AlMunif. Namun setelah dia pergi, tidak sepatutnya misi dan visi silaturahim yang molek ini turut dikuburkan.

Kini lahir AlManaf di atas kekuatan beberapa 'otai' generasi ketiga. Kejayaan awal sudahpun dapat dilihat berdasarkan kepada kejayaan menghimpunkan 6 tonggak keluarga AlManaf di samping kutipan yuran yang mencecah RM9500.00 dari seramai 204 orang ahli. Sepatutnya semua ahli (520 orang)membayar yuran. Semasa AlMunif dulu, yuran tertunggak ahli mencecah RM3000.00. AlManaf perlu bergerak mengikut keutamaan. Yang utama sekarang ialah memantapkan dana. Oleh itu isu tunggakan perlu dielakkan. Yuran perlu dikutip dalam tempoh yang sewajarnya.

AJK Pusat perlu bertemu dan bermesyuarat dengan ahli-ahli mengikut kawasan. Satu ketika dibuat di kawasan Jelai misalnya dan selepas itu di kawasan Kelantan. Dengan cara itu roh AlManaf akan menyerap ke dalam semua ahli.

Website AlManaf perlu diubahsuai supaya menyamai facebook supaya semua ahli dapat melihat profile saudara mara, tahu alamatnya, tahu nombor hubungan dan sebagainya. Website juga perlu ada ruang di mana ahli yang ingin mencari pekerjaan atau ingin menyambung pengajian boleh dibantu oleh ahli2 lain yang berpangkat dan ramai kenalan di peringkat atasan. Website juga perlu dipaparkan iklan ahli-ahli (dengan sedikit bayaran), supaya ahli-ahli lain menyokongnya dengan membeli barangan yang diiklankan tersebut.

AlManaf patut juga mengeluarkan buletin untuk simpanan dan kenangan ahli mengenai aktiviti dan berita persatuan dalam tahun berkenaan. Belanja untuk mencetak buletin boleh dicari melalui iklan dari syarikat-syarikat yang berminat.

Website juga perlu dijadikan pusat untuk ahli-ahli berbuat kebajikan. Ahli AlManaf ada yang berpendidikan tinggi, berpangkat besar dan berbakat dalam sesuatu bidang. Mereka perlu diberi ruang untuk menderma atau berkongsi ilmu atau memberi komen yang membina kepada persatuan.

Almanaf juga perlu menambah kewangan melalui perniagaan sticker, tshirt atau iklan barangan-barangan yang diperniagakan oleh ahli.

Cadangan daripada semua ahli amat diperlukan. Website adalah tempat yg paling cepat dan sesuai untuk menyampaikan cadangan tersebut.
Aminuddin
1 Permulaan Yang Menguja Kejayaan awal menemukan waris-waris keturunan Hj Salleh pada 5 Disember 2009 melalui Persatuan Kebajikan AlManaf merupakan suatu misi yang mengujakan. Sesungguhnya memang bukan senang untuk menghimpun orang ramai, apatah lagi dalam kesibukan setiap individu, logistik lokasi, tarikh pertemuan, masalah kesihatan serta beberapa situasi yang mengekang.

Ahli AlManaf terdiri dari ratusan individu yang punyai berbagai potensi diri. Ada yang menjawat jawatan Ketua Pengarah, Pengarah, Cikgu, Kerani bahkan Pekerja Am sekalipun. Mereka semua mempunyai peranan yang amat berguna kepada AlManaf.

Katakan sekiranya ada anak-anak AlManaf yang ingin menyambung pengajian di politeknik, maka AlManaf ada ahli yang punyai hubungan erat dengan pihak berkaitan, justeru bolehlah mendapatkan bantuan beliau untuk menguruskan hal-hal kemasukan atau sebagainya. Ramai juga ahli AlManaf yang sudah sampai ke tahap jutawan, maka sudah tentu sedikit sebanyak sudi beramal jariah untuk kemajuan ahli-ahli AlManaf yang lain.

Bagi yang ada kemampuan, berbuat amal jariah bukan semestinya dengan wang. Malah apa saja bantuan yang diberi kepada AlManaf sudah tentu akan mendapat balasan yang sempurna daripada Allah S.W.T.
Amin