Sejarah Abd Manaf bin Hj Salleh

SEJARAH ABDUL MANAF BIN HJ SALLEH

Abd Manaf bin Hj Salleh adalah anak tunggal Hj Salleh dengan Tiran. Walau bagaimanapun Abd Manaf mempunyai adik beradik satu ayah dan juga adik beradik satu ibu apabila kedua orang tuanya bercerai dan kemudian berkahwin dengan pasangan baru masing-masing.

Ibu Abd Manaf iaitu Tiran telah berkahwin dengan Kasim, mendapat anak-anak iaitu Mohd Zin, Baba dan Piah.

Ayah Abd Manaf iaitu Hj Salleh telah berkahwin dengan Pendek lalu mendapat anak-anak bernama Hamid dan Kasim.

Abd Manaf pula telah berkahwin sebanyak 3 kali. Perkahwinan pertamanya dengan Salmah Petah telah melahirkan anak tunggal perempuan iaitu Rahmah Abd Manaf yang duduk di Kelantan.

Perkahwinan keduanya dengan Siah binti Laris telah melahirkan Hamdan, Ahmad, Mohiyeddin, Mayah, Halimah dan Anisah.

Perkahwinan ketiganya dengan Manja Arus telah melahirkan Baharudin, Mustaza, Daniel dan Tabrani.