Sejarah salasilah AlManaf

SEJARAH ALMANAF

Salasilah yang dikira di dalam AlManaf bermula daripada Haji Salleh. Tidak banyak maklumat yang dapat menggambarkan watak atau rupa paras generasi pertama AlManaf ini. Tarikh kelahiran dan kematian juga tidak diketahui. Bagaimanapun, berdasarkan dari koleksi cerita generasi ketiga dan keempat yang masih hidup, sedikit sebanyak susur galur Haji Salleh telah dapat dirakamkan. Dengan menjejak susur galur ini, maka AlManaf ditubuhkan, agar semua anak cucu keturunan Haji Salleh dapat disatukan di dalam persatuan yang berbentuk kebajikan.

Secara asasnya, Haji Salleh telah berkahwin dengan Tiran lalu memperolehi anak yang bernama AB MANAF. Mereka bercerai dan mencari pasangan lain.

Haji Salleh kemudiannya berkahwin dengan Pendek lalu mendapat anak iaitu HAMID dan KASIM.

Tiran juga berkahwin dengan seseorang yang bernama Kassim lalu mendapat anak iaitu MOHD ZIN, BABA dan PIAH.

Keturunan Haji Salleh, Tiran dan Pendek dijadikan asas susur galur di dalam salasilah AlManaf sebagai generasi yang pertama. MANAF , HAMID, KASIM, MOHD ZIN, BABA dan PIAH dikira sebagai generasi yang kedua. Sehingga 2009, dipercayai sudah lahir generasi yang kelapan di dalam salasilah AlManaf.

Untuk memastikan sejarah ini dirakam serta diingati oleh semua ahli AlManaf, maka usaha sentiasa dilaksanakan agar anak cucu dapat menjejaki sepupu, dua pupu dan sebagainya demi untuk merapatkan silaturrahim di kalangan keturunan AlManaf.